Saturday, June 21, 2008

Kenali Badan Eksekutif

BADAN EKSEKUTIF

Pemerintah merupakan satu institusi yang sangat perlu di dalam sesebuah negara demi untuk menyatupadukan rakyat serta memungkinkan integrasi kawasan/wilayah. Pemerintahan sesebuah negara adalah dijalankan oleh tiga badan utama iaitu :

1) Badan Eksekutif
2) Badan Perundangan/Legislatif
3) Badan Kehakiman

Definisi Badan Eksekutif
1. Eksekutif boleh didefinisikan sebagai :
· Seseorang individu atau kumpulan individu yang bertugas memimpin negara serta memperkenalkan dan melaksanakan dasar-dasar negara.
· Pegawai kerajaan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar dan undang-undang negara.

2. Eksekutif boleh diklasifikasikan kepada :
· Eksekutif sebenar – iaitu yang memiliki kuasa pemerintah sebenar
· Eksekutif nominal - kuasanya hanya ada pada nama
· Eksekutif majmuk - eksekutif berbentuk ramai
· Eksekutif tunggal - eksekutif berbentuk diktator atau monarki mutlak.

3. Fungsi Eksekutif
Fungsi-fungsi dan kuasa eksekutif sesebuah negara telah dinyatakan dengan lengkap di dalam perlembagaan negara tersebut. Walaupun terdapat perbezaan di antara fungsi dan kuasa eksekutif di antara negara namun terdapat beberapa fungsi dan kuasa yang terpakai kepada semua negara. Di antara fungsi-fungsi dan kuasa tersebut adalah :

· Ketua Negara
- menjadi wakil sesebuah negara
- menjadi simbol bangsa dan melaksanakan tugas-tugas resmi.

· Ketua Kerajaan
- Membuat keputusan dasar
- Menggubal dan melaksanakan dasar
- Melaksanakan pentadbiran negara

· Ketua Parti
- Mengetuai parti yang memerintah
- Menggubal dasar, undang-undang dan program parti

· Ketua Angkatan Tentera
- Berbentuk “ceremonial” ataupun “effective” di mana eksekutif boleh mengarah penggunaan angkatan tentera jika keadaan memerlukan

· Ketua Diplomat
- Diiktiraf sebagai wakil negara di forum-forum antarabangsa yang penting

· Lantikan Jawatan-jawatan Utama
- Bertanggungjawab melantik pegawai-pegawai ke jawatan-jawatan politik dan pentadbiran negara misalnya perlantikan jemaah menteri, ketua-ketua cabang angkatan tentera, pegawai-pegawai tertinggi dalam pentadbiran awam.

4. Kaedah memilih eksekutif
Eksekutif boleh dipilih melalui :
· Prinsip keturunan
· Pilihanraya secara langsung
· Pilihanraya secara tidak langsung

5. Persamaan dan perbezaan di antara badan eksekutif di dalam sistem berparlimen dengan sistem berpresiden.

i) Persamaan :
· Ketua Negara
- menjadi wakil sesebuah negara
- menjadi simbol bangsa dan melaksanakan tugas-tugas resmi.
- Presiden juga diberi kebebasan untuk memilih ahli kabinetnya yang dikenali sebagai setiausaha.

· Pemecatan
- Perdana Menteri boleh dipecat oleh ahli-ahli Parlimen melalui undi tidak percaya terhadap kerajaan.
- Presiden juga boleh dipecat oleh dewan senat melalui prosidur “impeachment”

· Menjalankan tugas di luar negara
- Perdana Menteri dan Presiden sama-sama mempunyai kuasa untuk mewakili negara masing-masing ke persidangan-persidangan besar di luar negara.

ii) Perbezaan
· Perlantikan
- Perdana Menteri adalah dilantik secara tidak langsung. Perdana Menteri merupakan presiden parti politik yang memenangi pilihanraya umum.
- Presiden dilantik secara langsung oleh pengundi melalui pilihanraya presiden.

· Sistem pemerintahan
- Dalam sistem berparlimen pihak eksekutif dan legislatif adalah terdiri dari orang yang sama. Oleh itu Perdana Menteri mengetuai semua perundangan di dalam parlimen dan juga menjadi Ketua Jemaah Menteri.
- Sistem berpresiden adalah berprinsipkan teori pengasingan kuasa di mana terdapat pemisahan yang terang di antara badan eksekutif dan badan perundangan.

· Meluluskan Undang-undang
- Perdana Menteri menjadi ketua badan eksekutif dan badan legislatif. Sebarang keputusan perundangan yang dibuat adalah keputusan secara kolektif Perdana Menteri dan kabinetnya. Oleh itu harus ditanggung bersama.
- Presiden bebas dari kongkongan pihak legislatif di dalam membuat keputusan. Presiden memiliki kuasa veto untuk tidak menandatangani undang-undang yang diluluskan oleh pihak legislatif.




· Tempoh perkhidmatan
- Tempoh perkhidmatan seseorang Perdana Menteri adalah tidak terhad selagi beliau memenangi kerusi dalam pilihanraya umum dan menjadi presiden parti pemerintah.
- Tempoh perkhidmatan Presiden adalah terhad kepada 2 penggal atau lapan tahun sahaja.

No comments: