Saturday, June 21, 2008

Apakah yang dinamakan Badan Perundangan ...

BADAN PERUNDANGAN
1. Definisi :
a) Badan perundangan boleh didefinisikan sebagai satu badan yang bertanggungjawab untuk menggubal, meminda atau memansuhkan undang-undang yang akan dijalankan di sesebuah negara.

b) Secara ideal badan perundangan membuat undang-undang, menggubal perlembagaan, mengesahkan perjanjian, mengawal hasil cukai dan bertindak untuk mengimbang dan mengawal badan-badan lain dalam kerajaan.

2. a) Kuasa Perundangan
- Peranan utama badan perundangan adalah membuat undang-undang. Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa kuasa perundangan persekutuan terletak di tangan parlimen.
Proses penggubalan undang-undang adalah :
i) Penyediaan rangka dasar undang-undang oleh menteri kementerian.
ii) Kelulusan kabinet secara prinsip
iii) Penyediaan draf rang undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara
iv) Kelulusan kabinet bagi draf rang undang-undang
v) Kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara
vi) Perkenan Di Raja

b) Kuasa Kewangan
- Badan perundangan berfungsi untuk mengawal penggunaan dan pengagihan wang negara bagi memastikan setiap peruntukan dikawal selia oleh peringkat persekutuan untuk pembahagian hasil antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.
- Perkara 99 menyatakan bahawa satu penyata anggaran pendapatan dan perbelanjaan persekutuan perlu dibentangkan dalam Dewan Rakyat dalam bentuk satu penyata tahunan yang disebut belanjawan. Ini ialah untuk memastikan kawalan kewangan serta tanggungjawab terdapat rakyat dilakukan dengan sewajarnya.

c) Kawalan ke atas Pemerintah
- Badan perundangan berfungsi mengawal dan mengawasi tindak tanduk badan eksekutif dann kakitangan awam bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan kuasa.
- Perkara 43(4) menyatakan badan perundangan boleh menggunakan kuasanya untuk melucutkan jawatan Perdana Menteri melalui undi tidak percaya sekiranya pentadbiran eksekutif dipertikaikan.

d) Perundangan dan Perbincangan
- Badan perundangan juga berperanan dalam merunding dan membincangkan isu-isu serta sungutan-sungutan dari rakyat.
- Cara ini dapat membolehkan pengawasan yang lebih berkesan terhadap pentadbiran kerajaan serta memberi peluang kepada rakyat untuk mengetahui isu-isu semasa terutamanya semasa sesi sidang Dewan Rakyat.

e) Pindaan Perlembagaan
- Perkara 159 telah memperuntukkan kuasa kepada parlimen untuk meminda perlembagaan dari masa ke semasa.
- Cadangan-cadangan pindaan akan dikemukakan oleh pihak pemerintah dan cadangan-cadangan ini berhak untuk diterima atau ditolak oleh badan perundangan.

3. Struktur Parlimen/Badan Perundangan :
a) Satu Dewan (Unicameral) eg. China (China’s National People Congres)
Sweden (Riksdag)
Israel (Knesset)
b) Dua Dewan (Bicameral) eg. Britain (House of Loards / House of common).
Germany (Bundesrat / Bundestag)
Amerika Syarikat (2 houses of US Congres)
Malaysia (Dewan Rakyat / Dewan Negara)

4). Perbandingan di antara sistem Parlimen dengan Sistem Berpresiden

Sistem parlimen - badan eksekutif dan perundangan adalah terdiri daripada orang yang sama.

Sistem berpresiden - badan eksekutif dan perundangan adalah terdiri daripada orang yang berlainan.

i) Sistem Parlimen
Kebaikan
- keputusan/dasar lebih cepat dicapai/diluluskan
- mempercepatkan proses pentadbiran
- percanggahan pendapat adalah minimum
- tidak berlaku “executive – legislative deadlock” kerana kedua-dua badan terdiri daripada orang yang sama.

Keburukan
- keputusan mungkin berat sebelah
- tidak berkecuali
- tiada “check & balance”
- berlawanan dengan konsep pengasingann kuasa.

ii) Sistem Berpresiden
Kebaikan
- wujud “check & balance”
- tidak mempengaruhi di antara satu sama lain
- wujud pengasingan kuasa

Keburukan
- mungkin berlaku “executive – legislative deadlock”
- keputusan/dasar lambat dicapai/diluluskan

No comments: