Friday, June 20, 2008

BPR pun........

BPR pun rasuah?..pembuktian retorik politik Dollah Badawi.

Kita baru-baru ini digegarkan dengan dakwaan rasuah oleh ketua pengarah BPR,Datuk seri Zulkipli mad noor.Perkara ini dibuktikan oleh pegawai kanan BPR,namun siasatan masih dilakukan sehingga hari ini(tidak mungkin akan didakwa).Saya tertarik dengan laporan Berita Harian hari ini yang menyatakan Kerajaan "HADARI" yang konon nya anti rasuah bertindak tidak menyambung lagi kontrak Datuk Zulkipli(BEKAS POLIS,JADI KETUA PENGARAH BPR,LOGIK KE?).Agak kelakar sebenarnya,kerana inilah yang dikatakan sebagai "sudah terhantuk baru terngadah".Perkara ini membuatkan kita berfikir bahawa apa lagi yang tinggal dengan pelbagai kempen dan slogan kerajaan "HADARI" selama ini?..hanya tinggal retorik la nampaknya.Mengapa perkara ini terjadi?..Kerana kelemahan dan sikap tidak bersungguh-sungguh kerajaan?..Tidak,tidak kerana itu,kesimpulan nya agak mudah sebenarnya,ini terjadi kerana UMNO-BN merupakan suatu sistem yang rosak lagi musnah,berulat didalam tapi cantik diluar kerana dibaluti oleh retorik perjuangan bangsa dan material.Mungkin faktor keris menjadi sebab UMNO masih berkuasa.Hhahahaha.Kembali kepada persolan rasuah tadi,kita melihat bahawa kondisi rasuah dizaman Pak lah semakin berat,kerana ia sudah berakar-umbi didalam UMNO sejak dari dahulu lagi.Bukan hanya dizaman Pak lah sahaja.Kerana didikan material inilah kita dapat melihat Dr Mahathir tersungkur didalam pem,ilihan perwakilan di Kubang Pasu.Stronghold sendiri boleh tumbang?.Kerana apa?.Kerana hasil didikan nya selama ini kepada anak-anak UMNO.
Umno sebenarnya sudah rosak teruk.Sebarang percubaan kearah pembersihan UMNO,pada hemat saya tidak akan membawa kepada apa-apa perubahan.Kerana kalau tidak bernasib baik akan ditendang keluar dengan pelbagai tuduhan yang tidak pernah dilakukan seperti yang menimpa DSAI.Faktor yang kedua ialah,kerana tradisi.Tradisi UMNO itu sendiri yang menekankan aspek materialisme berbanding keikhlasan didalam HARAKAH.Cuba nada semua sebagai pembaca yang budiman bertanya kepada mereka-mereka yang menjadi ahli UMNO,adakah mereka masuk kedalam UMNO kerana ikhlas berjuang atau kerana ada perancangan lain.Jika mereka menyatakan kerana perjuangan bangsa,hahahah sesungguhnya mereka sedang melakukan lawak jenaka(anda pun faham kenapa).Rasuh ini merupakan penyakit tamadun manusia yang terbesar sekali. Sejarah membuktikan banyak peradaban dan kerajaan yang gemilang dahulunya telah tumbang lantaran sikap korupsi yang menular didalam masyarakat.Kerana inilah,tokoh sosiologi kita dahulu iaitu al-marhum Syed Hussein Al-Attas banyak menulis buku-buku MAGNUM OPUS nya berkenaan dengan sikap manusia dan rasuah.Segala perkara yang terjadi disebabkan amalan rasuah.Tol naik kerana amalan rasuah.Minyak naik kerana amalan rasuah.Kesimpulan nya,indeks rasuah naik,makanya harga barangan dan kos harian rakyat pun naik.Masih nak undi entiti politik yang bermotokan "TRADISI MEMBELA RAKYAT"?..Rasanya yang sesuai ialah "TRADISI MEMBELAKANGKAN RAKYAT".
-post from syeikhryz

No comments: