Friday, June 20, 2008

Cerita minyak!!!

TURUNKAN HARGA MINYAK!.
Burung Kenek-Kenek,
Hinggap Atas Kolek,Minyak Makin Naik,
Rakyat Makin Sengkek!.Geleng-Geleng Sapi,
Berbulu Di Telinga,
Mahal Bahan Api,
Rakyat Yang Merana.


Minyak Oh Minyak Kenapa Engkau Naik!

Minyak oh minyak kenapa engkau naikMacam mana aku tak naik taukeh-taukeh letak, taukeh-taukeh letak
Taukeh oh Taukeh kenapa naik minyakMacam mana aku tak naik, kroni-kroni yang nak,kroni-kroni yang nak.
Kroni oh Kroni kenapa minyak naikMacam mana aku tak naik, semua kerajaan mintak,semua kerajaan mintak
Kerajaan oh kerajaan kenapa naik minyak, kenapa naik minyakSemua benda korang nak subsidi, ini bukan welfare state country, ini bukan welfare state country..!.
Bait-bait lagu rakyat yang klasik serta cukup puitis di atas mungkin sedia didengar oleh semua tetamu ilmu, tetapi ia mendapat suntikan baru melalui improvasi lirik yang menunjukan lingkaran kesilapan ekonomi yang menuntaskan kenaikan kadar hidup rakyat masakini.. Jika kenaikan BBM di Indonesia bererti “Benar-Benar Mampus”.. Di Malaysia?..Kenaikan BBM merujuk kepada Baru Betul Muflis!. Luahan rakyat perlu diambil kira kerana tanpa rakyat, negara tidak akan wujud.
Negara kita baru-baru ini dikejutkan dengan kejutan yang dapat penulis tafsirkan sebagai “Kejutan pasca pilihanraya” atau mungkin juga dianggap sebagai hadiah kerajaan kepada rakyat yang telah menggunakan saluran demokrasi secara efektif pada pilihanraya umum yang lalu. Kejutan yang dimaksudkan ialah kenaikan harga minyak sebanyak Rm 0.78 sen seliter. Satu kadar yang tertinggi di dalam sejarah ekonomi dan petroleum negara sejak penggubalan akta petroleum 1974. Kenaikan harga pasaran global bagi setong minyak mentah sebanyak USD 139 dan mungkin mencecah USD200 setong di dalam jangka waktu terdekat, suatu kenaikan yang benar-benar membebankan umat manusia!. Kenaikan harga minyak global ini jika dicerap berdasarkan teori imperialisme oleh Vladimir Lenin merupakan suatu usaha pakatan kapitalis global untuk menekan negara-negara sedang membangun (NSM) oleh Negara Maju (NM). Lenin melalui teori ini menegaskan bahawa “imperialism as the highest stage of capitalism” mungkin bermaksud apabila telah lengkap penguasaan kapitalis keatas ekonomi, maka imperialisme merupakan jalan terakhir untuk meneruskan dominasi penindasan keatas sesama manusia. Penjajahan bukan sahaja boleh terjadi dari saluran fizikal, tetapi juga melalui saluran ekonomi. Kesukaran akibat dari tekanan ekonomi sedikit sebanyak dapat menjinak kan NSM oleh NM. Tidak dinafikan, dewasa ini di dalam era globalisasi masih terjadi pergantungan oleh NSM kepada NM, lewat dari analisis oleh para ahli ekonomi-politik seperti Paul Baran, Cordoso, Sunkel dan sebagainya membuktikan bahawa NSM masih didominasi oleh imperialisme NM. Penulis merasakan perkara ini berlaku kesan dari tiadanya pakatan yang kuat oleh NSM untuk membentuk satu komuniti ekonomi yang benar-benar autonomi. Pertubuhan Negara pengeluar minyak (OPEC) yang rata-ratanya dianggotai oleh NSM atau Negara Dunia Ketiga, sendiri jika dilihat tunduk kepada tekanan para “cukong-cukong” dalam negara mahupun diluar negara. Implikasinya, jelas frasa “ NEGARA KUASA BESAR TERBERSIN, MAKA NEGARA-NEGARA SEDANG MEMBANGUN AKAN DEMAM”. Tetapi berdasarkan situasi kontemporari, penulis merasakan teori ini masih releven tetapi ia berbentuk “neo-imperialism as the highest stage of nation-capitalism” iaitu imperialisme pemimpin keatas rakyat, imperialisme ekonomi nasional secara lebih tepatnya!.. Kerana menularnya sifat kapitalistik sang taukeh besar ke dalam tubuh dan jiwa pemimpin negara-negara NSM. Kesan nya, mereka beraksi bukan sebagai pelindung kepada rakyat, tetapi sebagai TUAN TANAH kepada rakyat!.
KENAIKAN PETROLEUM DAN MALAYSIA.
Malaysia, penulis kira merupakan sebuah bumi bertuah kerana dikurniakan oleh ILLAHI dengan kekuatan petrol dari sumber “OFFSHORE” yang begitu berkualiti dan GRED A berbanding sumber yang dipunyai kebanyakan negara-negara pengeluar minyak yang lain yang terhasil dari “MINYAK DARAT” . Realitinya kita mampu mengatasi kenaikan harga minyak global, bagaimana?.... Mungkin dengan cara mengurangkan nafsu keatas projek-projek mega seperti wilayah-wilayah ekonomi. Dengan membekukan dahulu projek skala besar (Menteri Shahrir Samad menyatakan dana subsidi disalurkan untuk pembangunan), kita mampu untuk menampung subsidi sebanyak Rm 20 Billion lebih sebagai “social obligation” oleh korporat seperti PETRONAS yang mengaut keuntungan bersih sebanyak lebih dari ratusan Billion ringgit saban tahun!. Kenyataan dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri Shahrir Samad memang sudah penulis jangka kan (tetapi tidak diketahui pula pembangunan yang bagaimana dimaksudkan kerana sepanjang perlaksanaan RMK 9, pertumbuhan ekonomi negara masih tersekat didalam 4-5 % setahun, jadi apakah erti pembangunan yang dimaksudkan oleh pak menteri?.), walauapapun yang dimaksudkan dengan pembangunan oleh jemaah menteri, yang jelas pertumbuhan FDI (Foreign Direct Investment) dan sebagainya masih ditahap rendah!. Alasan tipikal ini kerapkali menjadi basahan bibir pimpinan negara setiap kali menjelaskan berkenaan kenaikan harga minyak dan inflasi!. Penulis hairan, PETRONAS ynag merupakan GLC raksasa negara melalui kementerian kewangan yang diperbadankan tidak pernah diketahui akaun nya oleh rakyat, kerana ia bertanggungjawab kepada Menteri Kewangan dan bukan kepada parlimen!. Kita perlu sedar, seharusnya akaun PETRONAS perlu dibentangkan di Parlimen kerana ia merupakan harta rakyat, maka rakyat perlu mempunyai akses untuk mengetahui kedudukan kewangan PETRONAS berdasarkan pembentangan nya di Parlimen. Pelik, PETRONAS yang merupakan gergasi GLC yang sering mencatatkan surplus didalam aktiviti perniagaan nya tidak kita ketahui status akaun nya dan alasan pembangunan sering digunakan untuk menghalalkan ketidakseimbangan subsidi minyak!...Bahkan kita sendiri sebagai warganegara Malaysia tidak mengetahui apa status tabung warisan PETRONAS. Inilah implikasi apabila berlaku kesan dari ketidakseimbangan didalam penggunaan kuasa. Kita perlu menyedari, minyak merupakan pelampung kepada ekonomi negara, harga minyak naik maka secara automatiknya kos hidup dalam negara meningkat (logik nya minyak naik negara untung, tetapi berlaku keterbalikan iaitu minyak naik negara pula yang rugi). Pihak kerajaan sebenarnya telah menggunakan falasi petitio principi(hujah yang berbelit-belit dan mengulang tajuk topik iaitu kenaikan harga pasaran global tanpa mengupas mengapa ia terjadi) yang tidak dapat diterima akal yang sihat!. Kenaikan harga bahan bakar tersebut benar-benar mempengaruhi kenaikan harga barangan dan kos hidup rakyat!.
UBAH GAYA HIDUP, laung pemerintah!.Jika diteriak kan kepada para “cukong-cukong dan para ningrat-ningrat” yang berpendapatan lebih 50 ribu-100 ribu sebulan mungkin ia memberikan signifikan kepada slogan “ubah gaya hidup” tersebut. Logiknya begini, jika mereka sebelum ini mengenakan pakaian yang berharga rm 300-600 sehelai dapat ditukar kepada sehelai baju yang bernilai rm 200 barangkali, jika dahulu selalu menikmati makan tengah hari di restoran riverside di PWTC dengan sekali menikmati makan tengah hari berharga Rm 300-400 mungkin boleh ditukar kepada menikmati makan tengah hari di restoran kayu nasi kandar yang bernilai Rm 12-20 bagi sepinggan nasi kandar. Tetapi, bagaimana pula dengan rakyat yang memang tidak mempunyai GAYA HIDUP tetapi perlu meneruskan hidup?. Apakah pakaian yang membaluti tubuh rakyat marhaen selama ini berharga Rm 20-50 sepasang (yang dibeli di pasar raya Billion atau pasar malam Tg Karang atau di mana-mana mukim yang mempunyai pasar malam) perlu ditukar semata-mata untuk mengubah gaya hidup?.Mungkin selepas ini rakyat marhaen perlu memakai kain pelekat berharga Rm 10 dengan baju pagoda bernilai Rm 6 sepasang sebagai pakaian harian, atau bertuala “berlambang Manchester United” dan bersinglet putih sambil berbasikal demi menyahut seruan MENGUBAH GAYA HIDUP!.
Mudahnya, apabila berlaku kenaikan harga minyak kepada Rm 2.70 seliter, secara rawaknya menyebabkan kita kehilangan sepasang baju dan seluar setiap bulan atau sekotak seluar dalam jenama paling “low class” setiap bulan. Seperkara yang menyebabkan kita terkesan dengan kenaikan harga minyak negara ialah, rakyat marhaen bukan sahaja perlu menanggung kenaikan harga petrol dan diesel, tetapi juga turut dibebankan dengan kos-kos yang menjengkelkan seperti kadar tol yang turut naik, tariff api dan air yang turut naik dan segala macam kos yang hanya menunggu masa untuk naik bila-bila masa. Jika anda seorang yang berkelayakan diploma atau ijazah yang bekerja makan gaji atau meniaga kecil-kecilan dengan pendapatan sebanyak Rm 5000 kebawah bagi yang tinggal di kota-kota primer, bawah Rm3000 bagi di kota-kota sekunder dan bawah Rm 1000 bagi diluar kota, realitinya anda yang paling terkesan dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini. Sebenarnya, kita ditimpa musibah akibat kepimpinan yang dirasuk sifat kapitalistik. Seharusnya,pemimpin bertindak sebagai pelindung kepada rakyat tetapi telah bertukar kepada pemeras rakyat!.Perkara ini bukan sahaja “imperialism” oleh NM keatas NSM, tetapi “imperialism” negara keatas rakyat! kesan dari ketiadaan prinsip akauntibiliti.
UBAH GAYA HIDUP!. Apakah releven pemerintah meminta rakyat mengubah gaya hidup mereka yang memang tiada gaya tapi cuma mahu hidup dengan berjimat cermat?.Pemotongan sebanyak 10% elaun keraian para Menteri sebagai dorongan kepada rakyat agar berjimat cermat memang tidak memberikan sebarang signifikan!. Pemotongan keatas elaun keraian sahaja?, mengapa tidak 50% pendapatan Menteri?. Mungkin sukar,tetapi boleh dipertimbangkan jika benar-benar ikhlas menunjukan tauladan berjimat cermat kepada rakyat!. Dikatakan bahawa dana subsidi minyak akan disalurkan untuk tujuan pembangunan, pembangunan yang bagaimana?.Modal insan?.Ironi nya kualiti IPTA-IPTA di seluruh negara semakin menjunam dan terkeluar dari rangking dunia. Jadi, kemanakah dana ini disalurkan?..Persoalan inilah yang membungkam kita sebenarnya.Penulis masih ingat ketika pra-pilihanraya dahulu, TPM Najib Razak pernah memberikan jaminan tiada kenaikan harga minyak selepas pilihanraya. Tetapi nampaknya ia sekadar tidak lebih dari metafora sang singa yang bersumpah untuk menjadi vegetarian lakto bagi mendapat kepercayaan sang Rusa. Jaminan ini sekadar bersifat janji manis pilihanraya!. Sebenarnya, perkara yang sama pernah dijanjikan semasa harga minyak meningkat kepada rm 0.30 dahulu. Maka alasan tipikal ini berulang-ulang dengan penambahan falasi argumentum ad misericordiam (hujah palsu demi memancing simpati dan sokongan rakyat dengan mengalihkan isu kenaikan harga minyak kepada isu perpaduan bangsa Melayu sebagai contoh) agar nampak lebih intelek dan membela bangsa!.
Konklusinya, penulis merasakan bahawa kita harus menimbang kembali permasalahan ini dengan lebih kritis iaitu dengan mengambil kira kepentingan rakyat yang saban hari semakin terancam. Penulis juga merasakan pihak kerajaan harus menimbang untuk meletak kan PETRONAS dibawah Parlimen agar rakyat mudah untuk akses isu-isu berkenaan GLC raksasa ini, kerana jika pihak kerajaan ikhlas untuk membawa pembaharuan (sampai ezam pun terpesona dengan usaha ini) maka perlu dipertimbangkan cadangan ini. Minyak naik, harga pasaran barangan naik tetapi gaji tidak naik, maka ini merupakan tindakan menjerat tengkuk rakyat yang sudah sedia terjerut!. Tetapi apa yang pasti, sementara ini kita akan terus merasai kesan yang hebat dari kenaikan harga bahan bakar utama dunia ini. Penulis ingin mengingatkan pihak kerajaan agar jangan sekali-kali menggunakan hujah Shakespere seperti didalam teater HAMLET iaitu “I’ve to be cruel in order to be kind” dengan menyatakan bahawa dana subsidi perlu untuk pembangunan serta masa depan anak cucu rakyat kerana sebenarnya tindakan ini seakan-akan hukuman kepada rakyat marhaen!. Di samping itu, para saintis negara harus memikirkan cara alternatif untuk menggantikan bahan bakar dari petroleum kepada bahan bakar alternatif mungkin gas, minyak kelapa, minyak urat atau apa sahaja melalui R&D demi mengelak kan kebergantungan kita kepada bahan bakar petroleum, kerana rakyat sudah bosan mendengar alasan yang sama setiap kali berlaku kenaikan harga minyak!.


Gabungan Anti-Inflasi (PROTES)mengalu-alukan kehadiran andake"DEMONSTRASI BANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK"pada12 Julai 2008 (Sabtu)3.00 petangKLCC, Kuala Lumpur
Kepada semua puak-puak demonstrasi,anda dijemput menghadiri program ini, kepada kaum kerabat SB, anda tidak dijemput sama sekali.Harap Maklum!.

-tulisan syeikhryz.blogspot

No comments: