Saturday, June 21, 2008

Apa dia Parti politik?

PARTI POLITIK

i) Definisi Parti Politik
- Badan di mana individu-individu yang mempunyai pandangan dan cita-cita yang sama boleh berkumpul di bawah satu organisasi.
- Parti politik bertujuan mendapatkan kuasa menerusi undang-undang untuk memerintah negara dan melaksanakan rancangan berdasarkan kepada dasar perjuangan atau idealogi parti.
- Kuasa yang dimiliki akan cuba dipertahankan oleh parti politik yang memerintah bagi meneruskan idealogi manifesto, sistem pentadbiran dan strategi pembangunan yang dirancangkan.

ii) Jenis-jenis parti politik
a) Sistem 1 parti
b) Sistem 2 parti
c) Sistem berbilang parti

iii) Peranan parti politik
1) Menyatupadukan rakyat
2) Jentera perantaraan
3) Pembentukkan kerajaan
4) Alat sosialisasi politik
5) Pengagihan kepentingan – membahagikan kepentingan mengikut kaum
6) Menstabilkan pembangunan sosio-ekonomi negara

iv) Memperolehi dan Mengekalkan Kuasa
1) Pemerintahan adil dan saksama
2) Mengutamakan kepentingan rakyat
3) Mendaulatkan konsep demokrasi
4) Kestabilan ekonomi/pertumbuhan ekonomi
5) Menggalakkan perpaduan rakyat
6) Strategi menangkis parti lawan/parti pemerintah
eg. skandal seks – Clinton, Gus Dur
sentimen agama dan kaum
penggunaan media berleluasa

- Dalam banyak hal parti politik sering lari daripada matlamat sebenarnya iaitu menjalankan pemerintahan dan menggubal dasar untuk kepentingan rakyat.
- Malah parti politik lebih mirip berjuang untuk mengekalkan kuasa mereka dengan apa cara sekalipun walaupun melibatkan taktik-taktik kotor. Dalam situasi ini rakyatlah yang sering menjadi mangsa ketamakkan parti politik dan pemimpin-pemimpin mereka.

Apa yang dikatakan kumpulan pendesak.

KUMPULAN PENDESAK

1) Definisi :
- Satu kumpulan yang mempunyai kepentingan yang sama dan berperanan mendesak kerajaan kerajaan secara aktif dan langsung ke arah kehendak kumpulan mereka.
- Mereka bertujuan untuk mempengaruhi kerajaan supaya dasar-dasar awam bersesuaian dengan matlamat penubuhan kumpulan mereka.
- Semakin ramai ahli kumpulan tersebut, semakin besar pengaruh mereka dalam menyuarakan hak dan kepentingan.



2) Jenis :
a) Berbentuk institusi - memperjuangkan sesuatu untuk kepentingan
awam
- bertindak melaksanakan dasar-dasar kerajaan, tempat orang awam hubungi,dan terlibat dalam pembangunan negara.eg. JPA,PKNS.

b) Berbentuk persatuan - melindungi dan memperjuangkan hak dan kepentingan awam eg. NGO spt. FOMCA, MTUC, CAP, ABIM, WWF.

c) Bukan Persatuan - ahli-ahli mempunyai kesamaan dari segi umur, bahasa/dialek, kaum, agama,dan lokasi tempat tinggal.

d) Spontan - wujud secara spontan dan ada unsur-unsur kekerasan.


- terbentuk hasil daripada tindak balas terhadap isu-isu tertentu eg. Kumpulan rakyat semasa rusuhan 13 Mei 1969, demonstrasi Baling, penyokong reformasi.



2) Peranan :

a) Menyedarkan rakyat tentang sesuatu isu.
b) Menyuarakan masalah dan kehendak rakyat.
c) Mengawasi tindakan kerajaan.
d) Menganalisa isu-isu politik negara dan antarabangsa.
e) Alat perantaraan.
f) Melobi pihak berkenaan supaya tuntutan mereka diterima.
g) Memperjuangkan hak kumpulan/rakyat.
h) Menggabungkan persatuan-persatuan kecil menjadi satu gabungan yang besar dan global supaya menghasilkan impak yang lebih berkesan dengan keahlian lebih ramai.
i) Memberi tekanan kepada pemerintah sehigga menyebabkan pemerintah terpaksa mengkaji semula atau membatalkan dasar-dasar tertentu.



3) Implikasi :

- Kumpulan pendesak boleh memainkan peranan yang penting di dalam sesebuah negara atau secara global asalkan perjuangan mereka adalah di pihak yang benar.
- Namun impak atau pengaruh mereka di dalam mempengaruhi dasar-dasar kerajaan adalah tertakluk kepada sejauh mana kebebasan yang diberikan kepada kumpulan pendesak untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mereka, bilangan ahli di dalam kumpulan ( semakin ramai maka semakin banyak pengaruh mereka ) dan sejauh mana kerajaan memerlukan sokongan daripada kumpulan pendesak untuk meneruskan pemerintahan serta isu yang diperjuangkan.

Kenali kerjaan demokrasi..

KERAJAAN
Definisi
Kerajaan adalah sebuah institusi yang terdapat dalam sesebuah negara yang mengamalkan pemerintahan secara sah.

DEMOKRASI
Definisi
Demokrasi merupakan sebentuk kerajaan dimana kuasa tertinggi terletak ditangan rakyat atau oleh wakil-wakil mereka yang dipilih dibawah sesuatu sistem pilihanraya yang bebas dan adil.

Didalam demokrasi persamaan hak antara semua rakyat adalah penting.Setiap individu mempunyai hak asasi yang perlu dijaga. Ia meliputi hak taraf hidup, pelajaran dan sebagainya. Dalam demokrasi Presiden atau Perdana Menteri adalah pentadbir Negara, mereka adalah eksekutif sebenar dalam Negara yang menjalankan pentadbiran dan dibantu setiusaha atau menteri dalam menjalankan pentadbiran. Dalan Negara seperti Malaysia, Ketua negaranya adalah Yang Dipertuan Agong yang menjadi nominal eksekutif dan lambang keluhuran perlembagaan Negara. Dalam hal ini YDPA hanya menjadi lambang dan tidak terbabit secara langsung dalam pentadbiran. Baginda hanya mengesahkan dan menjalankan kerja-kerja sebagai YDPA sahaja.




AMALAN DEMOKRASI

Kebebasan individu
Demokrasi menghendaki semua individu patut diberi kebebasan untuk bersuara, berkumpul dan mengeluarkan pendapat,memiliki harta benda, menganut agama dan peluang melanjutkan pendidikan. Perkara 5-13 dalam Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan individu dan hak sama rata dan lantaran itu peruntukan ini termaktub didalamnya. Kebebasan asasi penting untuk mengembangkan potensi dan personaliti seseorang itu. Tetapi kebebasan ini tidak mutlak sepenuhnya , tetapi disekat untuk mengelakan hak orang lain dicerobohi dan diganggu gugat.Kebebasan ini membolehkan rakyat melakukan apa jua aktiviti, asalkan dibawah undang-undang sesebuah Negara.

Pilihanraya bebas.
Semua kerajaan demokratik mengadakan pilihanraya yang bebas dan terbuka. Pilihanraya berkala ini memberi peluang kepada rakyat untuk memilih wakil mereka yang akan menyuarakan pendapat mereka mengenai pelbagai isu. Pilihanraya yang bebas juga membantu wakil-wakil yang dilantik ini untuk sentiasa peka pada kehendak rakyat. Didalam sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi, setiap rakyat mempunyai kuasa mengundi yang sama. Ia berasaskan prinsip ‘seorang seundi’. Dalam pilihanraya yang bebas , rakyat boleh mengundi secara rahsia tanpa paksaan atau ugutan oleh pihak pemerintah dalam memilih wakil mereka sendiri.




Kerajaan Terhad.
Sesebuah kerajaan demokratik ditadbir dan dijalankan mengikut prinsip-prinsip dan lunas-lunas yang termaktub dalam perlembagaannya yang merupakan juga undang-undang tertinggi dalam sesebuah Negara. Ini bermakna pemerintah perlu mentadbir Negara mengikut kuasa yang ditetapkan dalam perlembagaan kepada mereka. Dalam kata lain, pemerintah tidak boleh mentadbir Negara sewenang-wenangnya tanpa mengambilkira kuasa yang telah diperuntukkan oleh perlembagaan .

Media massa yang bebas.
Antara cara untuk menentukan kesuburan demokrasi dalam sesebuah Negara adalah dengan melihat kebebasan akhbar sesebuah Negara dilaksanakan dan tidak disekat. Ini kerana media massa menyebarkan maklumat dan membantu rakyat mewujudkan kesedaran tentang pelbagai isu disamping memujuk pihak pemerintah untuk mendengar tuntutan rakyat. Tanpa media massa yang bebas dan pro-aktif Pemerintah boleh menyembunyikan salahlaku dan rasuah dikalangan mereka tanpa pengetahuan rakyat. Oleh sebab itu pentingnya mempunyai media massa yang bebas dalam sesebuah kerajaan demokrasi.

Pemerintahan majoriti dengan melindungi hak minoriti.
Dalam sebuah kerajaan demokrasi perlu ada perlindungan hak-hak minority oleh pihak majority . Golongan majority membuat keputusan politik tanpa meninggalkan hak-hak minority. Undang-undang yang diluluskan oleh badan perundangan Malaysia mencerminkan kehendak golongan majority dan diterima oleh rakyat. Golongan majoriti bebas mengamalkan agama, mendapat pendidikan dan mengamalkan kebudayaan seperti termaktub dalam perlembagaan Malaysia perkara 5 – 13.


Terdapat dua jenis demokrasi iaitu ‘ demokrasi secara langsung’ dan ‘ demokrasi secara tidak langsung atau demokrasi perwakilan’.

Demokrasi secara langsung
Didalam sistem demokrasi secara langsung , rakyat dalam Negara itu akan berkumpul disatu kawasan terbuka untuk membincangkan dan menentukan dasar-dasar kerajaan dan melantik ketua dikalangan mereka. Tetapi cara ini sudah tidak dipraktikkanlagi kerana jumlah rakyat yang berjuta-juta (ramai) akan melambatkan proses perbincangan dan sebagainya.Cara ini diamalkan di Greece dan Rome purba. Sekarang Cuma di sesetengah Bandar di Swizland yang masih mengamalkan system ini.

Demokrasi secara tidak lansung (perwakilan)
Dibawah demokrasi tidak langsung , rakyat memilih wakil-wakil mereka semasa pilihanraya yang diadakan secara berkala dan wakil-wakil yang dipilih itu menjalankan kerajaan. Mereka menggubal undang-undang ,dasar-dasar Negara dan melaksanakan nya demi kepentingan seluruh rakyat. Dibawah system demokrasi ini , sumber kuasa terakhir terletak ditangan rakyat. Wakil-wakil yang dipilih bagi sesuatu tempoh tertentu melaporkan balik kepada pengundi-pengundi (rakyat). Pengundi menilai pretasi wakil-wakil ini dan menentukan samada wakil ini perlu dipilih semula atau diganti dengan wakil yang lain.Kebanyakan Negara moden, mengamalkan system ini seperti Malaysia,Filipina,United State of Amerika dan Singapura.



Ciri-ciri demokrasi tidak langsung.
1) Merupakan kerajaan ala perwakilan.
2) Kedaulatan atau kuasa terletak pada rakyat.
3) Kerajaan dijalankan bagi pihak rakyat.
4) Rakyat tidak mempunyai peranan secara langsung dalam kerajaan.
5) Rakyat hanya mengawal kerajaan melalui pilihanraya berkala (sekali dalam lima tahun).

Kebaikan Demokrasi.
Demokrasi berasaskan seorang satu undi.Dibawah demokrasi individu dianggap sebagai penting dan pelbagai hak diberikan. Kebebasan asasi individu dilindungi dan kehendak/kepentingan majority diberikan penekanan. Suara manoriti juga diberiperhatian. Demokrasi merupakan kerajaan mengikut persetujuan dan perbincangan. Di samping itu, demokrasi merupakan satu bentuk kerajaan yang cekap dan bertanggungjawab, cara pilihan pemimpin oleh rakyat dan kawalan oleh rakyat menjadikan sesebuah kerajaan itu lebih bertanggungjawab. Tambahan pula, demokrasi menekankan’ rule of law’(keluhuran undang-undang) dan semua rakyat tertakluk kepada undang-undang yang sama.
Keburukan Demokrasi
Demokrasi merupakan satu bentuk kerajaan yang mahal. Ini adalah kerana pilihanraya perlu diadakan setiap lima tahun sekali dan perbelanjaannya adalah terlalu tinggi. Di kebanyakan kerajaan yang mengamalkan demokrasi, hak minority tidak dilindungi. Sesuatu keputusan politik mengambil masa yang agak panjang. Parti –parti politik menimbulkan keraguan dan kekeliruan di kalangan rakyat dan mereka menimbulkan isu-isu sensitive (seperti perkauman agama dan hak-hak istimewa majoriti). Bagi memancing undi atau untuk menang dalam pilihanraya. Ini boleh melemahkan kerajaan dan menimbulkan keraguan dikalangan rakyat.


KESIMPULAN.
Dalam demokrasi penyertaan rakyat adalah penting .Rakyat tidak harus berdiam diri sekiranya tindakan kerajaan tidak selari dengan kepentingan rakyat seperti keputusan tidak adil atau kecuaian dalam pentadbiran.Sekiranya rakyat bersikap pasif dan tidak mengambil tahu urusan dan tindakan kerajaan , rakyat sendiri akan rugi jika pemerintah mengambil kesempatan. Jika rakyat bersikap pro-aktif , pentadbiran akan dijalankan dengan cara menguntungkan rakyat

.Bagi menentukan demokrasi berjaya, syarat-syarat seperti yang dinyatakan dibawah ini perlu:
1) Rakyat perlu mempunyai integriti dan kejujuran yang tinggi.Mereka perlu bersikap toleransi, bertanggungjawab dan dapat menerima keputusan majoriti.
2) Rakyat perlu berpendidikan yang boleh membolehkan mereka membuat keputusan yang bijak, adil dan munasabah.Oleh itu kerajaan perlu mewajibkan pendidikan dikalangan rakyat dan menggalakkan rakyat mendapat pendidikan di peringkat tertinggi.
3) Rakyat perlu menunjukkan minat dalam hal ehwal Negara dan politik.Mereka perlu mengambil bahagian secara cergas dalam pentadbiran Negara. Mereka juga perlu bersedia untuk memperjuangkan hak-hak mereka.
4) Kepimpinan yang baik dan berkesan diperlukan bagi menentukan kerajaan berjalan lancer.
5) Media massa perlu melapurkan berita yang benar dan sahih iaitu secara bebas dan adil , agar rakyat dapat menilai wakil-wakil mereka ini.

Apakah yang dinamakan Badan Perundangan ...

BADAN PERUNDANGAN
1. Definisi :
a) Badan perundangan boleh didefinisikan sebagai satu badan yang bertanggungjawab untuk menggubal, meminda atau memansuhkan undang-undang yang akan dijalankan di sesebuah negara.

b) Secara ideal badan perundangan membuat undang-undang, menggubal perlembagaan, mengesahkan perjanjian, mengawal hasil cukai dan bertindak untuk mengimbang dan mengawal badan-badan lain dalam kerajaan.

2. a) Kuasa Perundangan
- Peranan utama badan perundangan adalah membuat undang-undang. Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa kuasa perundangan persekutuan terletak di tangan parlimen.
Proses penggubalan undang-undang adalah :
i) Penyediaan rangka dasar undang-undang oleh menteri kementerian.
ii) Kelulusan kabinet secara prinsip
iii) Penyediaan draf rang undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara
iv) Kelulusan kabinet bagi draf rang undang-undang
v) Kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara
vi) Perkenan Di Raja

b) Kuasa Kewangan
- Badan perundangan berfungsi untuk mengawal penggunaan dan pengagihan wang negara bagi memastikan setiap peruntukan dikawal selia oleh peringkat persekutuan untuk pembahagian hasil antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.
- Perkara 99 menyatakan bahawa satu penyata anggaran pendapatan dan perbelanjaan persekutuan perlu dibentangkan dalam Dewan Rakyat dalam bentuk satu penyata tahunan yang disebut belanjawan. Ini ialah untuk memastikan kawalan kewangan serta tanggungjawab terdapat rakyat dilakukan dengan sewajarnya.

c) Kawalan ke atas Pemerintah
- Badan perundangan berfungsi mengawal dan mengawasi tindak tanduk badan eksekutif dann kakitangan awam bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan kuasa.
- Perkara 43(4) menyatakan badan perundangan boleh menggunakan kuasanya untuk melucutkan jawatan Perdana Menteri melalui undi tidak percaya sekiranya pentadbiran eksekutif dipertikaikan.

d) Perundangan dan Perbincangan
- Badan perundangan juga berperanan dalam merunding dan membincangkan isu-isu serta sungutan-sungutan dari rakyat.
- Cara ini dapat membolehkan pengawasan yang lebih berkesan terhadap pentadbiran kerajaan serta memberi peluang kepada rakyat untuk mengetahui isu-isu semasa terutamanya semasa sesi sidang Dewan Rakyat.

e) Pindaan Perlembagaan
- Perkara 159 telah memperuntukkan kuasa kepada parlimen untuk meminda perlembagaan dari masa ke semasa.
- Cadangan-cadangan pindaan akan dikemukakan oleh pihak pemerintah dan cadangan-cadangan ini berhak untuk diterima atau ditolak oleh badan perundangan.

3. Struktur Parlimen/Badan Perundangan :
a) Satu Dewan (Unicameral) eg. China (China’s National People Congres)
Sweden (Riksdag)
Israel (Knesset)
b) Dua Dewan (Bicameral) eg. Britain (House of Loards / House of common).
Germany (Bundesrat / Bundestag)
Amerika Syarikat (2 houses of US Congres)
Malaysia (Dewan Rakyat / Dewan Negara)

4). Perbandingan di antara sistem Parlimen dengan Sistem Berpresiden

Sistem parlimen - badan eksekutif dan perundangan adalah terdiri daripada orang yang sama.

Sistem berpresiden - badan eksekutif dan perundangan adalah terdiri daripada orang yang berlainan.

i) Sistem Parlimen
Kebaikan
- keputusan/dasar lebih cepat dicapai/diluluskan
- mempercepatkan proses pentadbiran
- percanggahan pendapat adalah minimum
- tidak berlaku “executive – legislative deadlock” kerana kedua-dua badan terdiri daripada orang yang sama.

Keburukan
- keputusan mungkin berat sebelah
- tidak berkecuali
- tiada “check & balance”
- berlawanan dengan konsep pengasingann kuasa.

ii) Sistem Berpresiden
Kebaikan
- wujud “check & balance”
- tidak mempengaruhi di antara satu sama lain
- wujud pengasingan kuasa

Keburukan
- mungkin berlaku “executive – legislative deadlock”
- keputusan/dasar lambat dicapai/diluluskan

Kenali Badan Eksekutif

BADAN EKSEKUTIF

Pemerintah merupakan satu institusi yang sangat perlu di dalam sesebuah negara demi untuk menyatupadukan rakyat serta memungkinkan integrasi kawasan/wilayah. Pemerintahan sesebuah negara adalah dijalankan oleh tiga badan utama iaitu :

1) Badan Eksekutif
2) Badan Perundangan/Legislatif
3) Badan Kehakiman

Definisi Badan Eksekutif
1. Eksekutif boleh didefinisikan sebagai :
· Seseorang individu atau kumpulan individu yang bertugas memimpin negara serta memperkenalkan dan melaksanakan dasar-dasar negara.
· Pegawai kerajaan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar dan undang-undang negara.

2. Eksekutif boleh diklasifikasikan kepada :
· Eksekutif sebenar – iaitu yang memiliki kuasa pemerintah sebenar
· Eksekutif nominal - kuasanya hanya ada pada nama
· Eksekutif majmuk - eksekutif berbentuk ramai
· Eksekutif tunggal - eksekutif berbentuk diktator atau monarki mutlak.

3. Fungsi Eksekutif
Fungsi-fungsi dan kuasa eksekutif sesebuah negara telah dinyatakan dengan lengkap di dalam perlembagaan negara tersebut. Walaupun terdapat perbezaan di antara fungsi dan kuasa eksekutif di antara negara namun terdapat beberapa fungsi dan kuasa yang terpakai kepada semua negara. Di antara fungsi-fungsi dan kuasa tersebut adalah :

· Ketua Negara
- menjadi wakil sesebuah negara
- menjadi simbol bangsa dan melaksanakan tugas-tugas resmi.

· Ketua Kerajaan
- Membuat keputusan dasar
- Menggubal dan melaksanakan dasar
- Melaksanakan pentadbiran negara

· Ketua Parti
- Mengetuai parti yang memerintah
- Menggubal dasar, undang-undang dan program parti

· Ketua Angkatan Tentera
- Berbentuk “ceremonial” ataupun “effective” di mana eksekutif boleh mengarah penggunaan angkatan tentera jika keadaan memerlukan

· Ketua Diplomat
- Diiktiraf sebagai wakil negara di forum-forum antarabangsa yang penting

· Lantikan Jawatan-jawatan Utama
- Bertanggungjawab melantik pegawai-pegawai ke jawatan-jawatan politik dan pentadbiran negara misalnya perlantikan jemaah menteri, ketua-ketua cabang angkatan tentera, pegawai-pegawai tertinggi dalam pentadbiran awam.

4. Kaedah memilih eksekutif
Eksekutif boleh dipilih melalui :
· Prinsip keturunan
· Pilihanraya secara langsung
· Pilihanraya secara tidak langsung

5. Persamaan dan perbezaan di antara badan eksekutif di dalam sistem berparlimen dengan sistem berpresiden.

i) Persamaan :
· Ketua Negara
- menjadi wakil sesebuah negara
- menjadi simbol bangsa dan melaksanakan tugas-tugas resmi.
- Presiden juga diberi kebebasan untuk memilih ahli kabinetnya yang dikenali sebagai setiausaha.

· Pemecatan
- Perdana Menteri boleh dipecat oleh ahli-ahli Parlimen melalui undi tidak percaya terhadap kerajaan.
- Presiden juga boleh dipecat oleh dewan senat melalui prosidur “impeachment”

· Menjalankan tugas di luar negara
- Perdana Menteri dan Presiden sama-sama mempunyai kuasa untuk mewakili negara masing-masing ke persidangan-persidangan besar di luar negara.

ii) Perbezaan
· Perlantikan
- Perdana Menteri adalah dilantik secara tidak langsung. Perdana Menteri merupakan presiden parti politik yang memenangi pilihanraya umum.
- Presiden dilantik secara langsung oleh pengundi melalui pilihanraya presiden.

· Sistem pemerintahan
- Dalam sistem berparlimen pihak eksekutif dan legislatif adalah terdiri dari orang yang sama. Oleh itu Perdana Menteri mengetuai semua perundangan di dalam parlimen dan juga menjadi Ketua Jemaah Menteri.
- Sistem berpresiden adalah berprinsipkan teori pengasingan kuasa di mana terdapat pemisahan yang terang di antara badan eksekutif dan badan perundangan.

· Meluluskan Undang-undang
- Perdana Menteri menjadi ketua badan eksekutif dan badan legislatif. Sebarang keputusan perundangan yang dibuat adalah keputusan secara kolektif Perdana Menteri dan kabinetnya. Oleh itu harus ditanggung bersama.
- Presiden bebas dari kongkongan pihak legislatif di dalam membuat keputusan. Presiden memiliki kuasa veto untuk tidak menandatangani undang-undang yang diluluskan oleh pihak legislatif.




· Tempoh perkhidmatan
- Tempoh perkhidmatan seseorang Perdana Menteri adalah tidak terhad selagi beliau memenangi kerusi dalam pilihanraya umum dan menjadi presiden parti pemerintah.
- Tempoh perkhidmatan Presiden adalah terhad kepada 2 penggal atau lapan tahun sahaja.

Kenali Badan Kehakiman

BADAN KEHAKIMAN
Definisi :
Badan eksekutif - menjalankan dan melaksanakan dasar-dasar serta undang-undang negara.

Badan legislatif - menggubal undang-undang negara.

Badan kehakiman - menjaga undang-undang & sistem keadilan sesebuah negara.

Badan kehakiman perlu bebas daripada pengaruh eksekutif dan legislatif supaya ia dapat bertindak dengan sendirinya dalam hal-hal berikut :

i) Mengawal badan eksekutif dan legislatif supaya tidak menyalahgunakan kuasa.
ii) Bertindak sebagai jentera ‘check & balance’ (semak & timbang) untuk menentukan kuasa eksekutif dan perundangan.
iii) Menghalang pelanggaran undang-undang dan hak asasi rakyat.
iv) Menjaga sistem pengadilan dijalankan dengan adil dan saksama mengikut undang-undang.
v) Berfungsi sebagai pengawal dan penntadbir perlembagaan.
vi) Menetapkan maksud undang-undang serta mentafsirkan undang-undang.

- Oleh itu badan kehakiman perlulah diberikan kebebasan untuk menjalankan peranannya.
eg. i) dari segi perlantikan ketua hakim/hakim-hakim – perlu dilantik terus oleh Yang Di Pertuan Agong
ii) hakim yang tidak bersih dan tidak neutral
- perlu disiasat dan digantikan
- siasatan perlu dijalankan oleh tribunal bebas
i) kedudukan hakim tidak digugat oleh mana-mana badan lain .

- Hanya dengan adanya badan kehakiman yang bebas dapat memastikan ia dapat menyemak dan mengimbangi kuasa eksekutif dan perundangan serta penyalahguaan kuasa dan mendaulatkan undang-undang, sistem pengadilan serta perlembagaan negara.
- Mengamalkan konsep pengasingan kuasa.

Friday, June 20, 2008

Masa Depan UMNO ????

MASA DEPAN UMNO
1. Pada Pilihanraya Umum 2008 sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam Pilihanraya Umum sebelumnya telah berlaku. Sebilangan yang tidak kecil daripada ahli dan penyokong biasa UMNO telah undi parti lawan atau merosakkan undi atau tidak mengundi. 2. Hasilnya Barisan Nasional telah kalah di lima buah negeri dan satu wilayah. Di lain-lain negeri di Semenanjung kemenangan Barisan Nasional adalah tipis. Walaupun Barisan Nasional menang di peringkat pusat tetapi gagal mendapat dua pertiga daripada kerusi Dewan Rakyat seperti yang biasa dimenangi sejak merdeka oleh Perikatan dan Barisan Nasional. 3. Umum akui bahawa ada mesej yang hendak dihantar kepada Barisan Nasional dan pemimpinnya oleh pengundi. Tetapi hingga sekarang ternampak jelas bahawa pemimpin Barisan Nasional terutama Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, tidak dapat memahami mesej yang dihantar atau tidak tahu mentafsir mesej berkenaan. 4. Ini sudah tentu mengecewakan mereka daripada ahli UMNO terutamanya yang dengan hati yang sedih dan tangan yang menggeletar mengundi parti lawan. Tetapi kekecewaan ini tidak terhad kepada mereka sahaja. Kekalahan UMNO yang teruk telah mempengaruhi ramai orang Melayu yang lain. Dan sikap baru di kalangan orang Melayu ini akan menghakiskan lagi sokongan kepada UMNO. 5. Hari ini orang Melayu terbahagi kepada empat kelompok. 6. Yang pertama ialah mereka yang akan bersama UMNO walau apapun yang terjadi kepada UMNO atau negara. Golongan ini adalah yang terbesar dalam UMNO dan sokongan mereka menyakinkan pimpinan UMNO bahawa mereka selamat dan UMNO selamat.7. Kumpulan kedua ialah mereka yang pada Pilihanraya Umum ke 12 telah undi parti lawan atau merosakkan undi atau tidak mengundi. 8. Kumpulan ini terkejut dengan hasil tindakan mereka. Mungkin ada yang menyesal. Tetapi lebih ramai daripada mereka yang kecewa dan semakin marah kerana “pengorbanan” mereka tidak mendatangkan hasil yang di harapkan.9. Kumpulan ini akan berusaha menyampaikan mesej yang lebih keras. Jika tidak juga di hirau mesej mereka, sikap mereka akan diperlihatkan pada Pilihanraya Umum ke 13 dengan mengundi parti lawan terus. 10. Kumpulan ketiga ialah mereka yang telah undi parti UMNO tetapi kecewa dengan sikap pemimpin yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap kekalahan parti, yang menafi parti kalah, yang menyalahkan orang lain, yang tidak mahu mendengar pendapat ahli, tidak membenar ahli mengkritik, tidak benar ahli dengar pendapat orang lain, yang tidak mahu membenar pindaan kepada kuota, yang larang EGM (Extraordinary General Meeting), yang sering berkata ekonomi kukuh dan baik sedangkan rakyat menderita, yang kata inflasi hanya 5% sedangkan harga minyak naik 40%, harga ayam 100%, harga beras sekali ganda dan lain-lain lagi, yang semuanya jauh lebih mahal dari 5%. Mereka bosan dengan kenyataan-kenyataan pemimpin yang mendakwa benda yang tidak benar berkali-kali. 11. Mereka ini sudah tidak lagi berminat untuk menyokong UMNO dalam pilihanraya. 12. Pemimpin UMNO tidak dapat mengenali mereka kerana mereka tidak memperdengarkan rintihan mereka dan mereka bukan ahli Jawatankuasa Cawangan atau Bahagian yang sering mencium tangan pemimpin, yang boleh di arah oleh pemimpin. 13. Seperti kumpulan yang telah undi parti lawan dalam Pilihanraya ke 12, mereka berdiam tetapi akan bertindak di Pilihanraya Umum ke 13 dengan tidak mengundi UMNO atau tidak mengundi langsung atau rosakkan undi. 14. Kumpulan keempat adalah golongan muda dan yang berpelajaran termasuk ahli professional. Kebanyakan mereka ini bukan ahli UMNO dan bosan dengan UMNO. Mereka berpendapat samada UMNO tidak relevan atau UMNO adalah kumpulan pengampu yang hanya ingin mendapat sesuatu bagi diri mereka, justeru itu tidak ikhlas walaupun semasa cium tangan. 15. Ramai mereka ini berpendapat UMNO adalah parti perkauman yang sudah tidak berguna lagi. Malaysia adalah hak semua rakyat berbilang kaum Malaysia. Justeru itu tidak mengapa jika mereka pilih parti pelbagai kaum walaupun ternampak jelas yang parti-parti ini sebenarnya diperalatkan oleh kaum tertentu. 16. Kumpulan (2), (3) dam (4) mungkin tidak sebesar kumpulan (1) jumlahnya tetapi mereka menjadi kumpulan penentu. Dalam pilihanraya kemenangan atau kekalahan di sebabkan oleh sebilangan yang kecil sahaja daripada pengundi. Jumlah pengundi mungkin besar tetapi perbezaan antara yang menang dengan yang kalah biasanya tidak sampai pun 5% daripada jumlah pengundi yang mengundi. 17. Jika jumlah kumpulan (2), (3) dan (4) hanya 5% daripada jumlah pengundi dan mereka tidak mengundi parti yang menang dahulu, parti itu akan kalah. Jika mereka memberi undi mereka kepada parti lawan, parti berkenaan tetap akan menang. 18. Dalam Pilihanraya Umum ke 12 kelebihan undi pada Barisan Nasional amat kecil peratusannya. Jika kumpulan (2), (3) dan (4) tarik keluar hanya sedikit sahaja daripada undi mereka jika mereka beri kepada parti lawan, Barisan Nasional tetap kalah. 19. Jika tidak ada usaha untuk menawan hati kumpulan (2), (3) dan (4) Barisan Nasional tetap akan kalah pada Pilihanraya Umum ke 13. 20. Pemimpin Barisan Nasional, terutama Pengerusi Barisan Nasonal, dan Presiden UMNO boleh berseronok sekarang dan bermegah-megah dengan apa yang dipercayai sebagai sokongan tidak berbelahbagi dan cium tangan ahli-ahli UMNO. Tetapi ingatlah ramalan untuk sapu bersih semua negeri dan memenangi 2/3 Parlimen Pilihanraya Umum ke 12 sebenarnya adalah khayalan, penipuan diri kerana asyik dengan sandiwara-sandiwara yang diadakan oleh mereka yang hanya ingin membodek pemimpin. 21. Ingatlah apabila UMNO tidak relevan lagi dan hancur berkecai, orang Melayu dahulu, sekarang dan yang akan datang akan kutuk mereka yang kerana kepentingan diri, kerana takut, kerana tamak telah menghancurkan UMNO yang mereka sayangi
-by chedet